Zakat Ternakan

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haul semua haiwan sama iaitu 1 tahun. Manakala nisabnya berbeza mengikut haiwan, misalnya kambing 40 ekor, lembu 30 ekor dan unta 5 ekor.

Zakat adalah Rukun Islam yang ke 3, Dari segi bahasa ialah bersih, subur & berkembang maju, Dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

ZAKAT LEMBU/KERBAU

Kadar NisabKadar Zakat
Bilangan ekorBilanganJantinaUmur
30-391 ekorJantan1 Tahun Lebih*
40-591 ekorBetina2 Tahun Lebih*
60-692 ekorJantan1 Tahun Lebih
70-791 ekor/1 ekorJantan/Betina1 Tahun Lebih * dan 2 Tahun Lebih
80-892 ekorBetina2 Tahun Lebih
90-993 ekorJantan1 Tahun Lebih
100-1092 ekor dan 1 ekorJantan/Betina1 Tahun lebih dan 2 Tahun lebih
110-1192 ekor dan 1 ekorBetina/Jantan2 Tahun lebih* dan 1 Tahun Lebih
120-1293 ekor dan 4 ekorBetina/Jantan2 Tahun lebih* dan 1 Tahun lebih*

Panduan:

1. Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu jantan( tabi’) yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina(musinnah) yang berumur 2 tahun.

2. Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Plihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

ZAKAT KAMBING/BEBIRI
“…pada empat puluh ekor biri-biri dikenakan(zakat) seekor biri-biri..”
*Riwayat Ibnu Majah

Kadar NisabKadar Zakat
Bilangan ekorBilanganJantinaUmur
40-120

1 ekor kambing biri-biri @

1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

121-200

2 ekor kambing biri-biri @

2 ekor kambing

Jantan/Betina1 tahun
201-399

3 ekor kambing biri-biri @

3 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

Penambahan seterusnya :

Setiap 100 ekor

1 ekor kambing biri-biri @

1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

2 tahun

Panduan :

1. Setiap pertambahan 100 ekor, zakat ditambahkan 1 ekor kambing berusia 2 tahun seterusnya.

2. Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

3. Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri.

Bayar Zakat