Zakat Simpanan

Zakat Wang Simpanan

Tahukah anda bahawa anda perlu membayar zakat simpanan setiap tahun? Secara umumnya, ramai umat Islam akan membayar zakat fitrah dan zakat harta. Namun, tidak ramai sedar bahawa dalam lingkungan zakat harta itu terdapatnya zakat simpanan. Biasanya kita akan membayar zakat perniagaan atau zakat pendapatan. Ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu akan zakat ke atas wang simpanan, apatah lagi mengenai siapa yang wajib membayar zakat simpanan, nisab zakat simpanan dan kadar zakat simpanan. 

Apa Itu Zakat Simpanan?

Zakat simpanan dikenakan ke atas wang simpanan seseorang individu. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek ini seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai mata wang. Malah, zakat simpanan juga boleh dikenakan ke atas pelaburan, saham yang dipegang, bon simpanan, dan lain-lain. Kesemua faktor-faktor ini perlu disertakan ketika sedang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan.

Jenis-Jenis Simpanan Yang Boleh Dikenakan Zakat Simpanan

  • Simpanan dalam bank atau institusi kewangan
  • Simpanan wang di luar intitusi kewangan
  • Simpanan ASB
  • Sijil bon simpanan
  • Pegangan saham
  • Pelaburan jangka panjang
  • Lain-lain jenis simpanan seperti emas dan sebagainya

Kira Zakat Simpanan

Niat Zakat Simpanan

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”