Zakat Pelaburan

Zakat Pelaburan

Dalam usaha menjana pendapatan dan mengumpul kekayaan, salah satu cara adalah melalui aktiviti pelaburan. Pelaburan merupakan aktiviti di mana sejumlah wang ditempatkan pada sesuatu kegiatan perniagaan dengan harapan dana ini akan berkembang dan menghasilkan keuntungan yang besar di masa hadapan. Oleh itu, jika ia menguntungkan, tentu sekali perlu dikenakan zakat pelaburan bagi orang Islam kerana keuntungan daripada pelaburan juga merupakan sejenis pendapatan.

Biasanya, sesebuah pelaburan juga merupakan aktiviti jangka masa panjang, di mana pulangan daripada pelaburan ini mungkin tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan sehingga selepas beberapa tahun. Malahan, pelaburan merupakan salah satu cara yang sering dipertimbangkan jika seseorang itu benar-benar mahu membina kekayaan.

Pelaburan termasuk pelaburan oleh individu, kerajaan, kumpulan seperti koperasi, dana pencen dan pelaburan perniagaan atau korporat. Bagi tujuan pembayaran zakat pelaburan, kategori ini termasuk semua jenis pelaburan. Ia mungkin pelaburan sebagai individu atau bagi pihak syarikat, dalam jenis pelaburan seperti saham, bon, dan komoditi – iaitu pelaburan dalam bahan-bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti arang, minyak mentah, emas, gandum dan sebagainya.

Kira Zakat Pelaburan