Zakat Fitrah
Bayar Zakat Fitrah Online
Bila tiba hari raya, semua insan bergembira. Namun, dalam bergembira, jangan lupa untuk bayar zakat fitrah online jika anda masih belum melakukannya pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Ia menjadi tanggungjawab setiap Muslim lelaki dan perempuan untuk menunaikan kewajiban ini kerana ada juga golongan kurang bernasib baik yang mungkin tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna disebabkan kekangan kewangan.
Apakah Sebenarnya Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan bayaran wajib yang perlu dibuat sebelum atau di pengakhiran bulan Ramadan yang merupakan sejenis aktiviti sedekah. Biasanya zakat dibayar kepada pegawai kutipan zakat, ataupun amil, secara fizikal namun pada zaman moden ini anda juga boleh membuat bayarannya secara online.
Bayaran zakat fitrah mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun yang sama di mana umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Tujuannya adalah untuk menyucikan diri daripada perbuatan dan kata-kata buruk yang mungkin kita lakukan semasa berpuasa. Di samping itu, hasil kutipan pula digunakan untuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri buat golongan yang layak menerima bantuan seperti golongan fakir miskin dan yang kurang bernasib baik.
Oleh kerana zakat fitrah berkait rapat dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya, maka waktu untuk membayar zakat ini juga adalah pada waktu tertentu dan jangka masanya agak pendek. Menurut Imam Syafi’i, pembayaran boleh mula dibuat pada hari pertama bulan Ramadan. Namun, adalah lebih afdal jika ianya dikeluarkan pada dua hari terakhir bulan Ramadan. Waktu terakhir untuk membayar zakat adalah selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan (jatuh wajib sudah dibayar zakat) sementara adalah haram untuk membayarnya selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri.
Jika anda mahu membuat bayaran zakat fitrah dengan cepat dan mudah pada dua hari terakhir bulan Ramadan, cara paling senang adalah dengan membayarnya secara online atau atas talian.
Kira Zakat Fitrah
Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”