PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH
Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018 oleh ustaz Abdullah Al-Hakim bin Zainon ad-Dimasyqi di Denai Alam Shah Alam, ketika itu MTDH hanya beroperasi di sebuah rumah teres yang disewa. Pada Januari 2019 MTDH berpindah ke sebuah rumah kedai yang juga disewa, bermula dengan beberapa orang pelajar sahaja, kini 2023 bilangan pelajar sudah hampir 160 orang, dan mempunya 24 orang kakitangan. MTDH telah menyewa lima buah rumah kedai di Denai Alam untuk dijadikan kelas pengajian dan penginapan pelajar. Dalam tempoh yang singkat ini banyak pencapaian membanggakan yang telah dicapai oleh MTDH alhamdulillah.
Ramai pelajar-pelajar MTDH terdiri daripada kalangan yang tidak berkemampuan, ada daripada mereka yang bayar yuran mengikut kemampuan dan ada juga yang tidak mampu bayar sedikit pun oleh kerana kekangan kewangan. MTDH tetap terima pelajar-pelajar ini kerana melihat kepada semangat mereka dan ibu bapa mereka yang inginkan anak-anak belajar al-Quran dan ilmu agama. MTDH sedar kewajipan dakwah dan menyampaikan agama adalah sesuatu yang bukan mudah, jika tidak terima anak-anak ini belajar kemungkinan mereka akan buta al-Quran dan tidak tahu tentang agama sendiri maka dibimbangi kita akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Oleh yang demikian, MTDH cuba pelbagai kaedah untuk mencari dana bagi menampung kos operasi dan pembangunan. Pada tahun 2021 MTDH memohon menjadi Amil Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS), alhamdulillah pada 2022 MTDH dilantik menjadi Amil Zakat kepada LZS secara sah. Jadi zakat orang ramai yang dibayar melalui MTDH sangat membantu, dapatlah kami terus beroperasi dan menyebarkan al-Quran dan ilmu agama kepada ummah khususnya generasi baru. Pihak MTDH mengharapkan lebih ramai lagi mereka yang akan menunaikan zakat melalui MTDH, kerana zakat-zakat ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar dan pembangunan MTDH. MTDH mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang al-Quran dan cita-cita ini akan mudah direalisasikan jika mempunyai dana yang cukup.